Saya dibesarkan di Tumpat, sejak dua bulan dilahirkan, sehinggalah Tingkatan Lima. Semasa zaman remaja, kami bersembahyang di Kuil Sri Maha Mariaman Hindu di Tumpat, Kelantan.
Kuil tersebut dibina kelas pekerja India landasan keretapi semasa zaman penjajahan.
Kuil Hindu ini dibina di kawasan yang terdiri daripada 99.99% Melayu-Islam dan diperintah PAS. Dua tahun yang lepas, semasa saya melawat ke kuil ini, saya diberitahu bahawa hanya dua keluarga India sahaja yang tinggal di Tumpat. Namun, kuil Hindu kami tersergam sehingga hari ini di jalan utama menuju ke Tumpat.
Saya menunjuk kepada isteri dan anak-anak kuil Hindu yang menemani saya ketika membesar dengan penuh nostalgia. Kuil ini kekal sebagai warisan sejarah Kelantan sehingga hari ini. Kuil Hindu kami ini boleh dirobohkan atau dipindahkan dari Kelantan memandangkan kawasan ini terdiri daripada 99.99% Melayu-Muslim, atau kerana negeri ini digelar "Serambi Mekah".
Saya percaya bahawa idea ini tidak terlintas dalam minda Menteri Besar, Nik Aziz. Inilah amalan kepelbagaian agama di kawasan yang diperintah 99% Melayu-Muslim PAS. Patung Buddha Tidur yang terbesar bukan terletak di Thailand, Kembodia atau India, di mana Buddhism berasal, tetapi di Kg.Neting, Tumpat Kelantan.
Kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia memerlukan kewujudan bersama (religious coexistence), daripada toleransi agama. Maka kita tidak akan berdepan dengan kes bantahan kuil Hindu di mana kawasan majoriti dan didominasi UMNO seperti Seksyen 19 dan 22 Shah Alam, dengan alasan bahawa kawasan ini didominasi Melayu Muslim.
Ektremis agama yang berarak protes dengan kepala lembu tidak akan ditangkap, dan tidak akan didakwa secara serius oleh peguam negara dalam "1Malaysia" yang disarankan PM Najib Razak. Justeru itu, extremism perkauman dan agama berterusan di Malaysia. Pada hakikatnya, mereka memperoleh sokongan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein yang menghalalkan tindakan mereka. Kerajaan Persekutuan yang dikawal UMNO, dan kerajaan negeri Selangor yang dikawal PKR, dan kerajaan negeri yang perintah PR di Barat Malaysia, perlu belajar dari Kelantan yang diperintah PAS.
PM Najib Razak berkuasa untuk mengeluarkan surat pekeliling yang memperuntukkan kuasa kepada Menteri Besar Selangor PKR dan Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat, untuk memberi hak milik tanah kepada semua kuil Hindu yang sedia ada dan digazetkan sebagai kuil Hindu, seperti yang berlaku di kawasan 99% tanah rizab Melayu di negeri Kelantan. Maka, ia akan menoktahkan pemecahan dan ketegangan kaum dan agama di Malaysia yang baru, tidak pernah berlaku malah tidak perlu berlaku ini.
Begitu juga ia perlu dilakukan terhadap semua Hindu crematorium, sekolah Tamil dan tempat duduk India seperti Kg.Buah Pala. Ini sebenarnya akan menyelesaikan setengah masalah yang dihadapi kelas pekerja India untuk selama-lamanya.
Namun, kedua-dua UMNO, PKR di Selangor dan negeri pantai Barat lain yang diperintah PR hanya bermain politik wayang kulit, dengan "mandores" India mereka melalui media cetak dan elektronik, dengan pengumuman kosong tentang tanah sementara untuk kuil Hindu, sekolah Tamil dan crematorium. Kemudian, dihebohkan bak pepatah "ayam telur sebiji riuh sekampung."
Kerajaan negeri yang mempunyai kuasa mutlak dalam isu tanah negerinya, tidak mengeluarkan surat bertulis untuk tanah sementara tersebut yang diumumkan oleh mereka, memberi hak milik tanah atau gazet kepada kuil Hindu, sekolah Tamil dan crematorium Hindu. Maka, keadaan kelas pekerja India baru-baru ini, di Kampung Buah Pala dan Seksyen 19 dan 22, Shah Alam, hanyalah sebahagian kecil masalah kritikal yang dihadapi kelas pekerja India di Malaysia.
Hanya di Malaysia, dan terutamanya atas nama pembangunan, kuil Hindu, crematorium Hindu, sekolah Tamil dan tempat duduk orang India yang miskin dijadikan sasaran utama. Kami menyimpan rekod ribuan kes sedemikian.
Masalah ini jarang berlaku di komuniti Melayu, Cina, orang asli, Iban atau Kadazan di Malaysia. Ia berlaku kepada hampir semua kelas pekerja India. Mengapa? Kerana BN, PKR, DAP, PAS, NGO dan masyarakat sivil mendakwa diri mereka "berbilang kaum" dan "berbilang agama."
Ini semua kerana kelas pekerja India tidak memiliki kuasa politik atau pengaruh ekonomi, dan seterusnya tiada dalam hampir semua UMNO, PKR, DAP, PAS (kecuali Kelantan), NGO yang sudi untuk menguruskan masalah kritikal India.
*Kenyataan ini dikeluarkan oleh P.Uthayakumar, Setiausaha Agung (pro-tem) Parti Hak Asasi Manusia (Human Rights Party, HRP). Teks asalnya bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment